Wednesday, December 5, 2012

privacy

masa buka facebook tadi. bolat terbaca info-info yang sangat berguna. salah satunya ;


**sila baca sampai habis





1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan 
Setting. Pilihan ini akan meminta anda untuk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengancam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, anniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti “Boringnya, sorang-sorang kat rumah” atau “I nak tido kejap”

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete sahaja !






bolat dah lama buat. awak-awak sicantik sicomel semua bila lagi? :)
maaflah kalau ada yang baca ni terasa. niat bolat bukan macam tu
segala-galanya atas hak diri masing-masing :)




pendapat bolat :

kadang-kadang facebook ni banyak beri kesan negative pada semua selain memberi info yang manfaat dan berguna. ada jugak positivenya. jangan salah faham haaa. huhu. mengaku cepat siapa yang ta pernah terasa post-post dari orang lain dengan niat orang tu memang nak membuatkan orang-orang tertentu terasa. *itu antaranya* itu belum termasuk gambar-gambar yang tidak menutup aurat yang comel dan menawan tu. hihi. hmm dosa kumpul hari demi hari. jam demi jam. saat demi saat bila ia terus dilihat oleh lelaki-lelaki. kita perbetulkan diri kita supaya kita ta menyesal kemudian hari

hmm bila semakin dah besar dah matang. secara ta langsung benda-benda macam tu bukan perkara yang remeh temeh. yea. bukan remeh temeh. kadang-kadang dengan penulisan kita. apa saja penulisan kita dilaman sosial. facebook contohnya. orang yang membaca dapat describe seseorang itu macam mana. kan? tipulah kalau dah terbaca sesetengah penulisan. lepas tu ta fikir pape. terus blank otak. macam jawab exam additional mathematic. err? hmm renung-renungkan

bolat pun banyak buat silap jugak. kat mana-mana ada jea silapnya. tapi bolat sedang berusaha perbaiki silap ni. perbetulkan silap ni. supaya jadi lebih baik hari demi hari. inshaAllah. aminn. jadi jom kita semua perbaiki diri kita semua sebelum terlambat! jom! hehe. yang penting jadi diri sendiri. disamping perbaiki diri sendiri. ewahh ayat! huhu 


assalamualaikum sicomel sicantik semua! sekadar pendapat nak nasihat untuk diri bolat jugak. sama-sama lah kita yea. yang buruk/kurang datangnya dari linda bolat. yang baik/lebih segalanya dari Allah. senyum selalu! hehe




No comments:

Post a Comment