Monday, March 19, 2012

MYhero






- baca sampai habis walaupun panjang. tapi BERBALOI -

seriously bolat rindu sangat-sangat abah :(
sebelum datang kelatan. sebelum naik keretapi. abah sempat lagi gosok kepala bolat
hai sedih. nak menangis bolat! abah tersenyum tapi mata abah berair. hmmm
bila dah masuk keretapi abah la yang paling semangat lambai bolat dari luar tingkap. sambil cari bolat kat mana



.
.


bila dah dekat machang. bila bolat telifon abah. suara abah happy
kerap jugak lah telifon abah. tanya abah dah makan. abah buat apa
macam-macam bolat cerita ngn abah. seronok. sambil ketawa-ketawa. hik
hai manjanya anak abah ni. abah kata bolat puteri bongsu dea. hihi

rindu abah! ta sabar sangat nak balik tengok muka garang abah. hehe
^^'

abah tunggu tau puteri bongsu abah ni









>> copypaste dari mukabuka. err bolat TERSENTUH <<
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam. ayah sering membentak 

"sudah diberitahu! jangan minum ais!"
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja. kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata 

"tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang sangat berharga

Saat kita sudah di percayai. ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau

Setelah kita dewasa. ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan ini-itu. untuk keperluan kuliah kita. ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya. ayah pun tersenyum bahagia

Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa 

"Ya ALLAH tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita





..................................................................................................................................................................



sama-samalah kita renungkan
selagi masih ada dea yang bergelar abah/ayah/papa/bapa
berilah kegembiraan dihati mereka semua
walaupun kadang-kadang anak mesti ada degilnya. huhu


assalamualaikum sicomel sicantik
( bolat dah meleleh dah air mata ni. rindu abah. hikhik. malu jea )
^^'



2 comments: